headPerkhidmatan

  • Apa itu Virtual Private Network (VPN)?
    Virtual private network (VPN) adalah connection and services yang disediakan kepada pengguna untuk menghubungkan rangkaian luar ke rangkaian dalaman organisasi secara selamat. Pengguna akan mendapat fasiliti seolah-olah berada dalam rangkaian dalaman organisasi walaupun berada di luar kawasan organisasi.

    UTeM VPN
    Confidentially, Intergrity, Availability and Origin Authentication

    Penggunaan perisian lain yang percuma dan tidak berlesen untuk tujuan kerja-kerja remote adalah tidak dibenarkan untuk mengurangkan risiko keselamatan ICT UTeM.


    Klik untuk poster paparan penuh
  • *Klik untuk maklumat lanjut

  • 1) myUTeM - Hanya untuk kegunaan Staf UTeM dan Pelajar di Kampus Induk sahaja

    • Tatacara untuk konfigurasi wifi ssid myUTeM

    2) UTeM-Guest -Terbuka untuk pelawat. Penggunaan terhad untuk 1 Jam sahaja

     

    Terdapat 3 signal wifi di Kampus Teknologi, UTeM. Klik untuk maklumat lanjut

    1) UTeM-Staff - Hanya untuk kegunaan Staf UTeM sahaja

    • Tatacara untuk konfigurasi wifi ssid UTeM – Staff

     

    2) UTeM-Student - Hanya untuk kegunaan Pelajar UTeM sahaja

    • Tatacara

     

    3) UTeM-Guest -Terbuka untuk pelawat. Penggunaan terhad untuk 1 Jam sahaja



  • Penggunaan ‘UTeM EVENT’

    Berikut merupakan justifikasi bagi proses permohonan khidmat Jurufotografi: 

    1. Penganjur program/ majlis (staf/ pelajar) di PTj atau Fakulti dimestikan menggunakanKalendar ‘UTeM Event’ (di e-calendar – email) sebagai penetapan hebahan program/ majlis yang akan dianjurkan.
    2. Permohonan MESTI dibuat melalui ‘e-calendar’ sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerjasebelum tarikh program / majlis yang diadakan.
    3. Pegawai Khidmat Pelanggan, PPPK akan menyemak dan memantau sebarang penganjuran program / majlis yang terdapat di Kalendar ‘UTeM Event’.
    4. Perkhidmatan liputan rakaman foto atau video (Single Camera Production) hanya akan diterima berdasarkan  program/ majlis yang telah dimasukkan hebahan oleh penganjur diKalendar ‘UTeM Event’ sahaja mengikut kekosongan dan ketersediaan pada tarikh tersebut.
    5. Liputan rakaman foto dan video akan dijadualkan dan diberi mengikut keutamaan;

    i.  Peringkat Universiti
    ii. Peringkat PTj / Fakulti
    iii. Persatuan / Kelab

    Mana-mana permohonan yang telah diterima sebelum ini, jika terdapat program / majlis lain diperingkat Universiti akan diberikan keutamaan terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang pertindihan.

    1. Permohonan yang dilakukan kurang dari 7 hari bekerja tidak akan diterima kecuali ianya merupakan program / majlis diperingkat Universiti sahaja.
    2. Jika program/ majlis dijalankan selepas waktu bekerja atau pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad;
      • Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa perlu dibayar oleh PTj yang memohon atau;
      • Jika tiada peruntukan Elaun Kerja Lebih Masa PPPK mencadangkan liputan rakaman foto dibuat oleh staf PTj sendiri. PPPK akan menyediakan satu platform lain bagi membolehkan PTj yang membuat rakaman foto sendiri untuk muat naik koleksi gambar di Galeri
    3. Dengan penguatkuasaan penggunaan Kalendar ‘UTeM Event’ segala maklumat berkaitan penganjuran program / majlis di universiti dapat dikumpulkan secara sistematik serta boleh dijadikan rujukan untuk masa akan datang.

    > Manual Liputan Khidmat Foto Kreatif dan Video

    > Carta Alir Proses Permohonan Khidmat Foto Kreatif dan Video

  • Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi ( PPPK) UTeM, telah mengaktifkan perkhidmatan WIFI secara roaming untuk kegunaan penyelidik dan komuniti pendidikan UTeM dan luar.  

    Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan luar dari UTeM iaitu di mana-mana universiti di dalam dan luar negara dengan menggunakan katanama ( staff id ) dan katalaluan (AD) daripada universiti/institusi masing-masing.

    Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan EDUROAM boleh lawati halaman sesawang https://www.eduroam.org ( luar Negara) dan https://mon.eduroam.my/ (Dalam Negara).

    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi talian Helpdesk PPPK 06 270 1102

    Klik untuk muat turun tatacara

  • Menyediakan kemudahan penggunaan e-mel kepada semua warga UTeM. Menggunakan office365 sebagai platform email rasmi universiti. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi MS Office terkini yang telah disediakan oleh pihak Microsoft dengan menggunakan akaun ID masing-masing.
  • Berikut merupakan senarai Latihan / Kursus yang ditawarkan :

    1. Dokumentasi

    2. Persembahan dan Pengiraan

    3. Pengurusan Projek dan Analisa

    4. Pengaturcaraan

    5. Pembangunan Laman Web

    6. Rekabentuk dan Grafik

    7. Persembahan dan Animasi

    8. Rangkaian dan Pengurusan Komputer

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka bertanggungjawab untuk menyediakan satu persekitaran Teknologi Maklumat (IT) yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran.

    Kemudahan IT yang mencukupi dan terkini adalah penting bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, pempertingkatkan kualiti dan kecekapan penyelidikan pembangunan (R&D), mempertingkatkan kualiti kecekapan pentadbiran serta menjadikan masyarakat UTeM sebagai satu masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi memenuhi aspirasi dan objektif organisasi.

    SEWA BILIK LATIHAN KOMPUTER (2 BUAH BILIK)
    • 40 buah komputer setiap bilik
    • LCD Projektor
    • Layar putih Portable
    • PA system
    • Bantuan terus ke meja Ruang kelas yang selesa, selamat dan bersih

  • Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
    Melaka, Malaysia.

  • Tel : 06 270 2574  Faks : 06 270 1037

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Copyright © PPPK UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
All Rights Reserved.