Kami warga Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi (PPPK)dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

1. Berusaha memberi perkhidmatan yang mesra serta membantu menyelesaikan masalah pelanggan dalam kadar yang segera dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua PTj, staf, dan pelajar.
2. Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang efisien, selamat dan boleh harap kepada semua pelanggan.
3. Menyediakan khidmat instalasi perisian berlesen dan sistem aplikasi yang telah diluluskan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
4. Menyelenggara dan membaik pulih komputer dalam tempoh (3) hari bekerja bergantung kepada kesediaan alat ganti.
5. Memastikan kebolehcapaian Sistem Aplikasi Dalaman, Rangkaian dan Server lebih daripada 95%.
6. Menyediakan khidmat sokongan meja bantuan (help desk) yang cekap, berkesan dan mesra pengguna.
7. Sentiasa memberi sokongan teknikal dan pemantauan dalam menangani masalah atau aduan kepada sistem-sistem aplikasi agar sistem aplikasi dapat beroperasi dengan lancar.
8. Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan berkaitan sistem maklumat yang disediakan dalam 3 hari bekerja.
9. Memastikan pembangunan sistem maklumat mengikut keperluan pengguna (PTj) berdasarkan spesifikasi dan jadual pembangunan dan perlaksanaan yang dipersetujui bersama.
10. Merancang, menyedia dan menawarkan pelbagai kursus ICT kepada staf universiti.

picPiagam

 

  • Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
    Melaka, Malaysia.

  • Tel : 06 270 2574  Faks : 06 270 1037

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Copyright © PPPK UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
All Rights Reserved.