Universiti Teknikal Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan Microsoft 365 kepada semua staf dan pelajar. Microsoft 365 yang dahulunya dikenali sebagai Office 365 dan Microsoft Live@edu merupakan perkhidmatan yang dibekalkan dibawah kontrak berpusat Perisian Microsoft oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kerjasama Microsoft (M) Sdn. Bhd.
Perkhidmatan ini disediakan sebagai platform rasmi untuk tujuan komunikasi dan kolaborasi di antara semua warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka terutamanya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran serta urusan pentadbiran.
Aplikasi Tersedia Melalui Microsoft 365
Bagaimana Untuk Mengakses
Semua staf dan pelajar disediakan 1 akaun rasmi email Universiti yang boleh digunakan untuk mengakses kesemua aplikasi yang disediakan pada Microsoft 365.
Klik pada ikon pada laman web UTeM atau melalui URL https://portal.office.com menggunakan
Staf : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pelajar : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jangkamasa Capaian
Semua staf dan pelajar layak menerima perkhidmatan Microsoft 365 ini selagi mereka menjadi kakitangan atau pelajar yang aktif.
Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang telah berjaya digraduasikan (Alumni) capaian masih boleh dilakukan namun diminta untuk melakukan kerja-kerja pemindahan kandungan email atau dokumen ke akaun persendirian yang lebih mudah diuruskan lagi. Perkongsian Credential Email adalah tidak dibenarkan sama sekali.
>> Klik sini bagi Rujukan Garis Panduan Peraturan Keselamatan Email UTeM
Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : 06 270 2574 Faks : 06 270 1037
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.