Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  telah di pilih sebagai Penerima Anugerah “Innovation in e-Payment (Education Sector)” bagi tahun 2020 di atas komitmen UTeM memperluaskan penggunaan e-pembayaran di dalam kampus secara keseluruhan. 

MEEA atau Anugerah Malaysia e-Payments Excellence Award adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Payments Network Malaysia ("PayNet") bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang agensi-agensi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan e-pembayaran di Malaysia. 

Tahniah UTeM, tahniah CIO & Pengarah PPPK serta seluruh warga Pej CIO dan PPPK di atas kejayaan pelaksanaan inisiatif Cashless Campus di UTeM. Terima kasih kepada barisan urusetia dan semua  JK yang telah bersama-sama menjayakannya.

  • Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
    Melaka, Malaysia.

  • Tel : 06 270 2574  Faks : 06 270 1037

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Copyright © PPPK UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
All Rights Reserved.