PENGEMASKINIAN REKOD KEHADIRAN STAF BULAN OKTOBER 2020

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa, Pekeliling Pentadbiran Bil.9/2004 – Pelaksanaan Sistem Perakam Waktu Berkomputer (SPWB) menerangkan tentang keperluan setiap staf UTeM untuk merekod waktu sampai dan waktu meninggalkan pejabat yang mana berkuatkuasa mulai 1 Mac 2004.        

3.         Sehubungan dengan itu, bagi staf yang mempunyai kehadiran bermasalah perlu maklumkan alasan/sebab-sebab dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Bahagian masing-masing sebelum Penyelaras SPWB di CIO/PPPK mengemaskini rekod kehadiran staf.  

4.        Antara kehadiran bermasalah yang dimaksudkan ialah :-

  1. Gagal merekodkan kehadiran dan ketidakhadiran ke pejabat
    - Tiada Rekod Kehadiran sepanjang hari; atau
    - Tiada Rekod Waktu Masuk atau Keluar Pejabat
  2. Lewat atau Balik Awal;
  3. Merekodkan kehadiran bukan di lokasi di mana staf bertugas;
  4. Permohonan Cuti Kecemasan Tidak dilengkapkan

5.       Penjelasan kehadiran boleh dibuat sepanjang bulan semasa kepada Penyelaras SPWB atau selewat-lewatnya pada akhir bulan semasa. Kegagalan staf berbuat demikian akan mengakibatkan status staf tersebut dikategorikan sebagai "Tiada Rekod" atau "Alasan Tidak Di Terima". Jika tiada maklum balas daripada staf, Surat Peringatan dan Surat Amaran akan dikeluarkan kepada staf. Staf selanjutnya boleh dikenakan tindakan tatatertib merujuk kepada Surat Edaran Pentadbiran Bilangan 27 Tahun 2012.

6.      Laporan rekod kehadiran staf akan dihantar kepada Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) pada tarikh 2hb setiap bulan untuk dilaporkan dalam mesyuarat BPSM Pejabat Pendaftar yang dipengerusikan oleh YBhg. Naib Canselor.

Mohon semua staf untuk ambil maklum perkara ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang akan timbul kelak.

Peristiwa@PPPK

Tiada Peristiwa

Info Terkini

MAKLUMAN - Pengemaskinian Rekod Kehadiran Staf Bulan November 2020

INFO TERKINI - Perkhidmatan UTeM Virtual Private Network (VPN) Untuk Kerja-Kerja Remote Luar Rangkaian UTeM

MAKLUMAN - Soalan Lazim myUTeM

MAKLUMAN - Soalan Lazim Kehadiran Kuliah

PENGUMUMAN - Tabung Insentif Pembelian Komputer (K41001)

MenuPerkhidmatan
MenuKemudahan
MenuApps
MenuAktiviti