Berperanan sebagai pusat rujukan bagi perkhidmatan berteraskan ICT, menyediakan kemudahan ICT berkualiti tinggi, selamat dan terkini untuk pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan operasi pentadbiran universiti dengan menjadikan khidmat ICT sebagai pemangkin kecemerlangan UTeM
Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi atau dikenali sebagai PPPK adalah sebuah Pusat Tanggungjawab yang menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan infostruktur ICT di UTeM bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran di UTeM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan UTeM berada pada tahap yang terbaik dengan penggunaan kemudahan ICT yang disediakan.
Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka bertanggungjawab untuk menyediakan satu persekitaran Teknologi Maklumat (IT) yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran.
Kami warga Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi (PPPK)dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-